ICTL ELiTE adalah kesinambungan dari program ICTL yang telah dilaksanak di sekolah-sekolah di Malaysia. Kali ini Pn Anastasia Noor Azami memberikan pendedahan kapada para guru berkaitan program ini.
Khamis, Mei 28, 2009
Makanan Halal
Latihan Dalam Perkhidmatan pada hari ini (28 Mei 2009) tentang makanan halal dibentangkan oleh Pn Nor Aisah Parijan. Penerangan tentang makanan halal ini berdasarkan pengesahan halal yang dikeluarkan JAKIM dan jabatan-jabatan kemajuan Islam negeri.
Penekanan konsep halal pada masa kini adalah amat penting. Ini adalah selari dengan kehendak Islam yang menuntut sekalian umat manusia kepada perkara yang suci dan bersih. Ianya dapat menghindarkan manusia ke arah kekotoran dan kerosakan.
Rabu, Mei 27, 2009
Pandu Puteri Tunas
Latihan Dalam Perkhidmatan berkaitan Pandu Puteri Tunas disampaikan Kakak Setia SK Jalan Semenyih 1, Pn Noraziah Dahalan. Kakak Setia dibantu empat Siti Setia sekolah iaitu Pn Zaila, Pn Arbayah, Pn Mazniah dan Pn Norehan.
Sepanjang tahun 2009 pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan selain aktiviti rutin pada setiap hari Rabu. Antaranya adalah program Calit Emas, Tangga Emas dan Tangan emas.
selain itu bagi murid-murid yang mendapat penganugerahan akan diadakan program Terbang Naik.
Kakak Setia, Pn Noraziah Dahalan sedang memberi ceramah
Siti Setia, Pn Mazniah Mohd Zain sedang membetulkan cermin mata
Taklimat PTK
Taklimat Penilaian Tahap Kecekapan diberikan oleh Pn Norzehan Mohd Hanafiah. Taklimat turut memaklumkan En Mohamad Hafizam Sulaiman telah lulus Tahap Kecekapan 1 dengan nilai gred 4:4. Turut dimaklumkan bagi yang belum mendapat tahap 4 boleh mendaftar PTK pada Ogos ini.
Selasa, Mei 26, 2009
KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) II 2009
SKJS 1 mengadakan Program Latihan Dalam Perkhidmatan di peringkat sekolah kali kedua. Program ini bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme para pendidik sekolah. Semua guru terlibat dalam program ini. Tentatif program ini adalah seperti berikut:
Rabu (27 Mei 2009)
10.00 pagi - 1.00 tengah hari
Pengisian: Pn Noraziah Dahalan
Pandu Puteri Tunas
Pn Norzahan Mohd Hanafiah
Keracunan Makanan
Khamis (28 Mei 2009)
10.00 pagi - 1.00 tengah hari
Pengisian: Pn Nor Aisah Parijan
Keperluan Industri Halal
Pn Anastasia Noor Azami
ICTL
Jumaat, Mei 22, 2009
Sambutan Hari Guru 2009 Peringkat Sekolah
Sambutan Hari Guru pada tahun ini diadakan pada 22 Mei 2009 (Jumaat)dan disambut dengan sederhana. Ianya dimulai dengan bacaan perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri muhyiddin Yassin disusuli dengan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran, Dato' Alimuddin Mohd Dom.
Selepas perutusan, para guru melafazkan ikrar dan nyanyian lagu Guru Malaysia. para murid tidak melepaskan peluang dengan membuat persembahan bacaan puisi dan nyanyian. Setelah itu para guru menikmati jamuan dan diteruskan den gan upacara sukan antara guru.
Isnin, Mei 18, 2009
Majlis Jamuan Hari Guru 2009
Jamuan sempena Hari Guru yang diadakan pada malam 16 Mei 2009 di Bangi Golf Resort amat meriah. Majlis ini dihadiri hampir keseluruhan warga perkhidmatan SK Jalan Semenyih 1. turut menyerikan lagi majlis ini, kesemua empat tetamu yang dirai En. Habib Ismail, En Thamil Vanan, Pn Chee dan Pn Maida serta pasangan Pengerusi PIBG sekolah En Husaini dan isteri.
Keceriaan majlis ini dapat digambar dari riak wajah yang hadir. Mereka tanpa segan silu menjamah kesemua makanan yang dihidangkan dari ais krim hingga Nasi beriani hujan panas. Pihak BKG yang menganjurkan majlis ini merasa bangga dengan kehadiran semua. Sebagai tanda mata setiap yang hadir diberikan hadiah.
Selasa, Mei 12, 2009
PERSARAAN PN LEE YIT KWAI
Pn Lee Yit Kwai yang dilahirkan kira-kira 56 tahun lalu bertugas hari terakhir rasmi di SK Jalan Semenyih 1, Kajang sebagai pendidik murid-murid khas. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi dan sentiasa komitmen dengan tugas yang diamanahkan. Sepanjang berkhidmat sebagai seorang pendidik, beliau tidak merungut atau minta dipuja mahupun dipuji. Berbekalkan jiwa seorang pendidik beliau berjaya menempuhi segala cabaran dan cubaan.
Kini genap umur bagi beliau bersara, dengan senyum bangga beliau memasuki era yang penuh bermakna. Tiada lagi perlu memikirkan apa yang perlu diajar pada murid atau mencari kaedah P&P mana yang paling berkesan. Apa yang diharapkan kesihatan yang dikecapi terus berkekalan di samping keluarga tercinta.
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009
Peperiksaan bermula
12 Mei 2009 hingga 18 Mei 2009
diharap semua murid bersedia menghadapi peperiksaan pertengahan tahun ini.
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN!
Langgan:
Catatan (Atom)