Pada Sabtu 20 Jun 2009, Latihan Dalam Perkhidmatan peringkat SK Jalan Semenyih 1 diteruskan. Pada hari ini terdapat empat pembentangan yang dilaksanakan terdiri dari Pn Nor Aisah Parijan (Laporan Head Count), Pn Asiah Mohd Johari (Teknik & Kaedah Pemeriksaan Kertas Bahasa Malaysia UPSR), Pn Noriffah Osman (Teknik & Kaedah Pemeriksaan Kertas Bahasa Inggeris UPSR) dan Pn Norzehan Mohd Hanafiah (Keracunan Makanan).
Setiap pembentang diperuntukkan masa antara setengah dan satu jam bagi menyempurnakan pembentangan mereka. Respon yang diterima dari peserta yang terlibat turut memberangsangkan. Setiap pembentangan yang dijalankan pasti ada sesi soal jawab yang menunjukkan komitmen dan sikap ingin tahu yang lebih mendalam terhadap perkara yang dibentangkan.