- Hari Anugerah Kecemerlangan ditangguhkan pada Mesyuarat Agong PIBG Tahun 2010/2011.
- Hari Graduasi Tahun 6 telah dijalankan bersama Jamuan Tahun 6/2010 pada 12.11.2010 (Jumaat)
- Hari Kanak-Kanak pula dijalankan pada 13.11.2010 (Sabtu) bersama Karnival PIBG SKJS1.
- Pemulangan Buku Teks 2010 dan Penyerahan Buku Teks 2011 telah dijalankan pada 8 dan 9 November 2010. Sila pastikan set buku teks yang ada di tangan anak tuan/puan lengkap dan dalam keadaan baik bagi sesi persekolahan 2011.
Tarikh Cuti
16.11.2010 Cuti Peristiwa Hari Raya Haji
17.11.2010 Cuti Umum
18 dan 19.11.2010 Cuti Tambahan hari Raya Haji
20.11.2010 -2.1.2011 Cuti Akhir Tahun Persekolahan
6. Sekolah bermula pada 3.1.2011 (Isnin) Sesi Petang
Hari Isnin – Hari Khamis jam 1.00 tengahari – 6.30 petang
Hari Jumaat jam 2.10 petang – 6.30 petang
7. Buku Laporan Adab Belajar (LAB) dan buku Pelaporan Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) murid boleh diambil di Pejabat SKJS 1 (waktu pejabat) mulai 6-12 Disember 2010. Sila tandatangan di buku-buku tersebut dan catat kehadiran.
8. Sijil-sijil murid Tahun 6 dan gambar Graduasi juga boleh di ambil di Pejabat SKJS 1 (Waktu pejabat) mulai 1 Disember 2010 hingga 11 Disember 2010 dalam cuti sekolah.
9. Senarai buku & alat tulis 2011 boleh didapati di pejabat sekolah (waktu pejabat) atau di Kedai Buku Czip Lee Kajang. Sila pastikan semua alatan anak lengkap.
10. Pendaftaran Tahun 1 dan Taklimat Ibu Bapa Tahun 1 diadakan pada 31.12.2010 (Jumaat) jam 2.30 petang . (Sila bawa : Borang Maklumat Diri Murid, Slip Gaji dan Kad Pengenalan Ibu bapa).
11. Bayaran Tambahan Persekolahan 2011 dan Bayaran Keperluan Sekolah 2011 akan dimaklumkan semasa hari pertama persekolahan.
Pihak sekolah juga mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada semua warga sekolah dan ibubapa yang beragama Islam. Pada murid-murid ‘selamat bercuti , jaga keselamatan dan jangan lupa mengulangkaji pelajaran di rumah’.
Sekian. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan