Isnin, November 02, 2015

Perkhemahan Tahunan 2015

Seperti yang dirancang, perkhemahan tahunan pada kali ini berlangsung dengan jayanya. Penyelaras Program, Pn Arnida Yusuf mampu mengukir senyum di akhir program walau di peringkat awal turut menghadapi beberapa kesulitan seperti terpaksa ditangguhkan program dari tarikh asalnya kepada 30 Okt 2015 akibat dari jerebu yang melanda.

 Taklimat dari Komandan Kem


Hari Jumaat, 30 Okt 2015 jam 2.30 petang pendaftaran peserta perkhemahan dan disusuli taklimat perkhemahan jam 3.00 petang oleh Komandan Kem Tn Arif Azrin. Usai taklimat para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan daripada kumpulan lelaki dan perempuan. Seterusnya setiap kumpulan bergerak menuju tapak perkhemahan dan mendirikan khemah masing-masing.

Sesi yang berikutnya pada hari pertama ini di sebelah malamnya dimulai dengan tazkirah ringkas dari Ustaz Mohd Gaddafi Ibrahim dan persembahan nilai-nilai murni dari setiap kumpulan yang terlibat. Menjelang tengah malam setiap peserta telah pun berada dalam khemah masing-masing untuk melelapkan mata pada hari pertama ini.

Jam 4.00 pagi Sabtu tanggal 31 Okt 2015, para peserta muslim telah pun bersiap bagi mengikuti slot qiamullail bersama Ustaz Ahmad Faizal dan disusuli dengan tazkirah subuh sesudah solat Subuh. Aktiviti seterusnya adalah pertandingan kawad kaki manakala menjelang tengah hari turut dilangsungkan pertandingan memasak dan gubahan bunga.

Usai rehat dan solat Zohor telah diadakan Majlis Penutup Perkhemahan Tahunan 2015 ini yang disempurnakan oleh Tn Rosli Hadi selaku PK Ko-Kurikulum SKJS 1. Selesainya majlis penutup maka dengan rasminya tirai perkhemahan tahunan pada kali ini telah sempurna dijayakan.