Isnin, November 15, 2010

INFO AKHIR TAHUN 2010!!!

  1. Hari Anugerah Kecemerlangan  ditangguhkan pada Mesyuarat Agong PIBG Tahun 2010/2011.
  2. Hari Graduasi Tahun 6 telah dijalankan bersama Jamuan Tahun 6/2010 pada 12.11.2010 (Jumaat) 
  3. Hari Kanak-Kanak pula dijalankan pada 13.11.2010 (Sabtu) bersama Karnival PIBG SKJS1.
  4. Pemulangan Buku Teks 2010 dan Penyerahan Buku Teks 2011 telah dijalankan pada 8 dan 9 November 2010. Sila pastikan set buku teks yang ada di tangan anak tuan/puan lengkap dan dalam keadaan baik bagi sesi persekolahan 2011.
   5.    Cuti sekolah
 
Tarikh                            Cuti      
16.11.2010                     Cuti Peristiwa Hari Raya Haji      
17.11.2010                     Cuti Umum      
18 dan 19.11.2010          Cuti Tambahan hari Raya Haji      
20.11.2010 -2.1.2011     Cuti Akhir Tahun Persekolahan     

    6.      Sekolah bermula pada 3.1.2011 (Isnin) Sesi Petang
             Hari Isnin – Hari Khamis    jam 1.00 tengahari – 6.30 petang
             Hari Jumaat   jam 2.10 petang – 6.30 petang

    7.     Buku Laporan Adab Belajar (LAB) dan buku Pelaporan Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) murid boleh diambil di Pejabat SKJS 1 (waktu pejabat) mulai 6-12 Disember 2010. Sila tandatangan di buku-buku tersebut dan catat kehadiran.

    8.    Sijil-sijil murid Tahun 6 dan gambar Graduasi juga boleh di ambil di Pejabat SKJS 1 (Waktu pejabat) mulai 1 Disember 2010 hingga 11 Disember 2010 dalam cuti sekolah.

    9.    Senarai buku & alat tulis 2011 boleh didapati di pejabat sekolah (waktu pejabat) atau di Kedai Buku     Czip Lee Kajang. Sila pastikan semua alatan anak lengkap.

    10.    Pendaftaran Tahun 1 dan Taklimat Ibu Bapa Tahun 1 diadakan pada 31.12.2010 (Jumaat) jam 2.30 petang . (Sila bawa : Borang Maklumat Diri Murid, Slip Gaji dan Kad Pengenalan Ibu bapa).

    11.    Bayaran Tambahan Persekolahan 2011 dan Bayaran Keperluan Sekolah 2011 akan dimaklumkan semasa hari pertama persekolahan.

Pihak sekolah juga mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada semua warga sekolah dan ibubapa yang beragama Islam. Pada murid-murid ‘selamat bercuti , jaga keselamatan dan jangan lupa mengulangkaji pelajaran di rumah’.
Sekian. Terima kasih.

Isnin, November 01, 2010

MAKLUMAN CUTI SEMPENA HARI DEEPAVALI DAN HARI RAYA HAJI TAHUN 2010

TARIKH                        PERKARA 
...............................................................................                               
3.11.2010 ( RABU)        Cuti Peristiwa (Hari Deepavali)
4.11.2010 (KHAMIS)     Cuti Ganti (Hari Deepavali)
5.11.2010 (JUMAAT)    Cuti Hari Deepavali
13.11.2010 (SABTU)     Hari Kanak-kanak Tahun 2010 Peringkat Sekolah
16.11.2010 (SELASA)    Cuti Peristiwa Sempena Hari Raya Haji
17.11.2010 (RABU)       Cuti Hari Raya Haji
18.11.2010 (KHAMIS)    SEKOLAH SEPERTI BIASA
19.11.2010 (JUMAAT)   Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan, Hari Graduasi Tahun 6



************************************

Pihak sekolah mengucapkan SELAMAT HARI DEEPAVALI kepada semua murid dan keluarga yang beragama Hindu dan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua yang beragama Islam.


Rabu, Ogos 25, 2010

INFO CUTI

4 - 12 Sept '10   >> Cuti Pertengahan Semester ke-2
13 Sept '10        >> Cuti Berganti Hari Raya (Telah diganti)
14 Sept '10        >> Cuti Peristiwa
14 Sept '10        >> Cuti Berganti Hari Raya (Telah diganti pada 21 Ogos '10)
16 Sept '10        >> Cuti Hari Malaysia
17 Sept '10        >> Sekolah seperti biasa

Khamis, Ogos 05, 2010

JADUAL WAKTU UJIAN BULAN OGOS (PKSR 2) 2010

  
  .:: 11.8.2010 (Rabu) ::.
  8.10 pg - 9.10 pg ............................. Bahasa Arab (Tahap 1 & Tahun 4)
  10.30 pg - 11.30 pg ..........................Kajian Tempatan (Tahap 2)
  12.00 tgh - 1.00 tgh .........................Kemahiran Hidup (Tahap 2)

  .:: 12.8.2010 ( Khamis) ::.
  8.10 pg - 9.10 pg ...........................Bahasa Melayu ( Tahap 1)
  8.10 pg - 9.00 pg ...........................Bahasa Melayu (Tahap 2)
  10.00 pg - 11.15 pg ........................Bahasa Melayu 2 (Tahap 1)
  10.30 pg - 11.45 pg ........................Bahasa Melayu 2 (Tahap 2)
  11.30 pg - 12.30 tgh .......................Matematik 2 ( Tahap 1)
  12.00 tgh - 12.40 tgh .....................Matematik 2 ( Tahap 2)

  .:: 13.8.2010 (Jumaat) ::.
  8.10 pg - 9.10 pg ...........................Matematik 1 (Tahap 1 dan 2)
  10.30 pg - 11.30 pg .......................Sains (Tahap 1)
  10.30 pg - 11.45 tgh ......................Sains (Tahap 2)

  .:: 16.8.2010 (Isnin) ::.
  8.10 pg - 9.10 pg .............................Bahasa Inggeris 1 (Tahap 1)
  8.10 pg - 9.00 pg ............................ Bahasa Inggeris 1 (Tahap 2)
  9.45 pg - 11.00 pg ........................... Bahasa Inggeris 2 (Tahap 1)
  10.30 pg - 11.45 pg ..........................Bahasa Inggeris 2 (Tahap 2)
  11.15 pg - 12.15 pg .......................... Pend. Islam/ Pend. Moral (Tahap 1)
  12.00 tgh - 1.00 tgh ........................ Pend. Islam/ Pend. Moral (Tahap 2) 

  .:: 17.8.2010 (Selasa) ::.
  7.40 pg - 9.40 pg .............................Pend. Seni Visual (Tahap 1)
  8.10 pg - 10.10 pg ............................Pend. Seni Visual (Tahap 2)
  11.00 pg - 12.00 tgh ........................ Sivik (Tahap 2) 

INFO PENTING!!

SEKOLAH GANTI SEMPENA SAMBUTAN HARI DEEPAVALI
___________________________________________________________
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa SK Jalan Semenyih 1 akan bercuti sempena Hari Deepavali pada  
4 November 2010 (Khamis) dan menggantikan 
cuti tersebut pada 7 Ogos 2010 (Sabtu)
Proses P&P akan berjalan seperti yang dijadualkan pada hari Khamis. Diharap semua ibu bapa memastikan anak-anak hadir pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih.

Rabu, Jun 30, 2010

HARI AKADEMIK 2010












Sek. Keb. Jalan Semenyih Satu,
Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan. No. Tel/Fax: 03-87367519


Ruj. Kami : Bil. ( 62 ) dlm. SKJS 1/07/04/002 Tarikh : 29.6.2010


Kepada,
Semua ibu bapa/ penjaga
Sek. Keb. Jalan Semenyih Satu Kajang

Tuan/ Puan,

HARI AKADEMIK 2010

Dimaklumkan Hari Akademik 2010 akan diadakan pada :

Tarikh : 3.7.2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Kelas –kelas Tahap 1 di Blok A
Tahun 1 dikelas 1 Delima
Tahun 2 dikelas 1 Nilam
Tahun 3 dikelas 2 Delima
Tahun 4 dikelas 2 Nilam
Tahun 5 dikelas 3 Nilam

2. Semua ibubapa /penjaga dikehendaki hadir ke sekolah untuk berjumpa guru kelas untuk mengambil :

a. Keputusan markah peperiksaan pertengahan tahun 2010
b. Markah/gred ujian lisan B.Melayu dan B. Inggeris (PLBS)
c. Mengetahui status disiplin dan kedatangan anak-anak
d. Berbincang tentang masalah atau cara-cara untuk penambahbaikan anak-anak.

3. “Semua ibubapa dan penjaga tahun 6 termasuk tahun 6 Pendidikan Khas” dikehendaki hadir ke Dewan Sekolah jam 8.00 pagi bagi “Program Keibubapaan”. Isu dan masalah tahun 6 akan dibincangkan bagi memastikan tahap akademik dan persiapan untuk UPSR berjalan lancar.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

Pn. Khadijah bt Nawawi
Guru Besar
SK Jalan Semenyih Satu

Khamis, Jun 24, 2010

Selamat Datang

Selamat datang diucapkan kepada dua guru yang baru bertukar ke SK Jalan Semenyih 1. Mereka adalah Puan Normasdiana Mohamad dan Puan Maiwastiaza. Warga sekolah berbesar hati di atas kehadhiran guru ini. Semoga sepanjang berkhidmat di sini akan dilimpahi keberkatan dan dipermudahkan dalam setiap urusan yang dilaksanakan.

Pn. Normasdiana Mohamad

Pn. Maiwastiaza

Rabu, April 28, 2010

Temasya Sukan 2010

Tanggal 23 April 2010 telah berlangsungnya Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih 1 (SKJS1). Sukan kali ini yang bertemakan 'Sukan Untuk Semua' telah berjaya melibatkan seluruh warga SKJS1 dan Jawatankuasa Persatuan Ibubapa (PIBG) sekolah.

Perasmian program ini dilaksanakan Pengerusi PIBG Pn Malathi. Sejurus selepas perasmian berlangsung para murid melafazkan ikrar dan diikuti persembahan murid. Empat rumah sukan yang terdiri dari Kuning, Biru, Merah dan Hijau memberikan persaingan sengit. Namun juara keseluruhan tetap berpihak kepada Rumah Kuning di bawah bimbingan utama En Mohamad Hafizam. Syabas Rumah Kuning!

Pengerusi PIBG, Pn Malathi merasmikan majlis

Tetamu dari kalangan AJK PIBG

Juara keseluruhan Rumah Kuning

Juara Sukaneka, Rumah Biru

Rumah Merah

Rumah Hijau

Acara sukaneka

Persembahan murid

Ikrar murid

Murid SKJS1










Selasa, April 06, 2010

Salam Takziah

Salam takziah diucapkan kepada Pn Hjh Zuraidah Sa'adan, Penolong Kanan Kurikulum SKJS 1 di atas kembali kerahmatullah menantunya pada 4.4.2010.


كل نفس ذاءقة الموت


الفاتحة

Jumaat, Mac 12, 2010

LINUS (LITERASI & NUMERASI SCREENING) TAHUN 1

  • Ujian lisan telah dijalankan pada 1-28 Februari 2010 dan ujian telah dijalankan pada 1-5 Mac 2010.
  • Rumusan daripada ujian tersebut didapati 13 orang murid gagal.
  • Ibu bapa / penjaga dimaklumkan dan sila berjumpa dengan Guru Linus- Zaila Bt. Kintan dan Guru Pemulihan- Pn Noor Laili bt. Shafie untuk berbincang tentang status pelajaran dan perancangan untuk penambahbaikan anak puan.

Harap maklum. Terima Kasih...

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 BAGI SESI 2011

Kepada :

Ibu Bapa/Penjaga

Tuan/Puan

1. Permohonan Pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke tahun 1 sesi persekolahan 2011 dan 2012 ke sekolah

Kelahiran pada : 02.01.2004-01.01.2005 (Sesi persekolahan 2011)

02.01.2005-01.01.2006 (Sesi persekolahan 2012)

a. Mulai tahun 2010 Ibubapa/Penjaga dikehendaki mendaftar anak yang lahir pada tahun 2005 dan 2006 melalui talian internet http://www.moe.gov/jpnselangor. Sila daftar sebelum 15 April 2010.

b. Setelah masukkan in data, sila datang ke sekolah untuk pengesahan dokumen dengan membawa :

i. Sijil Lahir/ Sijil anak Angkat Asal
ii. Bil Utiliti (Bil Letrik/Bil Air/Bil Telefon)
iii. Satu salinan Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga
iv. Sampul surat putih bersaiz 4x9 (115cm x 245 cm)
v. Setem 30 sen

c. Bagi mereka yang bermasalah untuk mendaftar melalui internet, sila datang ke sekolah dengan membawa dokumen-dokumen seperti di atas. Pihak sekolah akan membantu.

2. Cuti Pertengahan Penggal 1
Bermula 13 Mac hingga 21 Mac 2010
Sekolah bermula semula pada hari Isnin 22 Mac 2010.

3. Kelas Tambahan Tahun 6

a. Semua Tahun 6 dikehendaki hadir.
b. Kelas diadakan pada 15, 16, 17 Mac 2010 (Isnin – Rabu) waktu 8 pagi -11.30 pagi
c. Ibu bapa sila pastikan pengangkutan pergi dan balik anak jagaan tuan/puan.
d. Makan waktu rehat disediakan oleh pihak sekolah

Sekian, terima kasih


‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

Pn. Khadijah bt Nawawi
Guru Besar
Sk Jalan Semenyih Satu
Jalan Semenyih
43000 Selangor

Selasa, Mac 09, 2010

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas


Jawatan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Jalan Semenyih 1 disandang oleh Pn. Nor Hasimah Binti Samarin. Anak kelahiran Selangor ini dilahirkan pada 16 Febuari 1964 oleh Pn. Hasnah Binti Abd. Kahar bersama pasangan tercintanya iaitu Samarin Bin Sitam.

Beliau mula berkhidmat sebagai guru pada 1 Jun 1990 setelah mendapat Sijil Perguruan di Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur. Subjek pertama yang diajar oleh Pn. Nor Hasimah ialah Bahasa Melayu di SK Taman Midah Cheras. Pada Julai 2005, beliau telah melanjutkan pelajaran beliau di Maktab Perguruan Islam Bangi (OUM 14 Minggu). Seterusnya beliau melanjutkan lagi pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajaran di Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur dari 2006-2009. Pada tahun 2010, beliau diberi tanggungjawab menyandang jawatan Guru Penolong Kanan gred DGA32 (HAKIKI). Subjek utama yang diajar oleh beliau sekarang adalah Pendidikan Moral.

Dalam hal kekeluargaan pula, beliau dianugerahkan lima orang cahayamata hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, Mohd Yazid Bin Mohd Yusof. Suami beliau juga merupakan seorang pendidik. Kini anak sulung beliau sudah berumur 21 tahun manakala anak bongsu pula 13 tahun. Bagi beliau, kematian kedua orang tua tersayang merupakan saat paling sukar untuk dihadapi namun beliau harus redha dengan ketetapan Illahi. Saat manis pula adalah saat beliau menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Pengajaran dan akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah. Beliau berharap agar hidup terus cemerlang di dunia mahu pun akhirat.

Rabu, Februari 24, 2010

Selamat Datang GPK (Pendidikan Khas)

Tanggal 22 Feb 2010, SK Jalan Semenyih 1 memperoleh tambahan tenagan pentadbiran secara rasmi apabila Kementerian Pendidikan telah menghantar Guru Penolong Kanan bagi kelas pendidikan khas (pendengaran) di sekolah ini. Guru tersebut ialag Pn Norhashimah Samarin.

Sebelum ini jawatan tersebut dipertanggungjawabkan kepada Pn Sharmila Rani bagi menggantikan Pn Chee Kam Ling yang akan bersara Mac ini. Apabila datangnya GPK Khas ini pastinya akan memberi nafas baru dan menyambung kesinambungan kecemerlangan pendidikan khas di sekolah ini.

Pihak sekolah berbesar hati menerima kehadiran Pn Norhasimah Samarin dan InsyaAllah sama-sama berganding bahu menjayakan misi dan visi sekolah. selamat datang kami ucapkan.

Khamis, Februari 11, 2010

Guru Media


Pn. Mazniah Mohd Zain merupakan Guru Media di SK Jalan Semenyih 1 yang dilahirkan pada 23 Mei 1966 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan zuriat kepada pasangan Md. Zain Taib dan Mariam Mat.

Beliau mendapat asuhan dan didikan yang sempurna daripada ibu bapa sehingga berjaya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada 1983 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh. Selepas itu beliau bertugas sebagai Penghitung Perangkaan Sambilan (1989) dan 2 tahun kemudiannya beliau menjadi guru sandaran di SM Taman Kosas (1991), SR Lembah Keramat (1992), Sekolah Sri Inai (1995) dan Sekolah Sri Utama (1994).

Perkhidmatan beliau sebagai guru terlatih bermula pada 6 Januari 1998 bertempat di SK Taman Sri Pulai, Johor selepas menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Kinta pada tahun 1997. Subjek utama yang diajar oleh beliau adalah Bahasa Melayu. Tanggal 16 Febuari 1998, beliau ditukarkan ke sekolah ini dan diberi amanah untuk memegang jawatan guru pepustakaan dan media. Hasil kecekalan dan kesungguhan beliau mendidik anak bangsa, beliau telah dianugerahkan Khidmat Cemerlang pada tahun 2003.

Sekarang beliau menjalani kehidupan yang bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang. Beliau dianugerahkan 2 orang cahaya mata yang berumur 8 tahun dan 6 tahun hasil perkongsian hidup bersama suami beliau, Mohammed Shamsu yang bekerja sebagai Jurufoto. Kelahiran cahaya mata yang pertama merupakan saat yang paling manis buat beliau. Manakala kenangan pahit bagi beliau adalah peristiwa menaiki dan menuruni bas di tempat yang tidak sepatutnya suatu ketika dulu. Harapan beliau ialah ingin berjaya dalam hidup di dunia dan juga akhirat bersama keluarga.

Cuti Persekolahan Tahun Baru Cina 2010

Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SKJS 1/05/01/004 Tarikh : 20.1.2010

Kepada,

Ibu bapa/Penjaga

Sek. Keb. Jalan Semenyih 1,

43000 Kajang, Selangor

Tuan/Puan,

CUTI PERISTIWA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

Perkara di atas dirujuk.

2. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sekolah ini akan bercuti sempena Tahun Baru Cina seperti berikut:

Tarikh Cuti

Jenis Cuti

Tarikh Ganti

14, 15 & 16 Feb

Cuti Umum

-

17 Feb

Cuti Peristiwa

Tidak perlu ganti

18 Feb

Cuti Berganti

23.1.2010 (Sabtu)

(Jadual waktu hari Khamis)

19 Feb

Cuti Berganti

6.2.2010 ( Sabtu)

(Jadual waktu hari Jumaat)

3. Sila pastikan anak tuan/puan hadir pada 23/1/2010 dan 6/2/2010.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

…………………………….

Khadijah bt Nawawi

Guru Besar,

SK Jalan Semenyih Satu,

Jalan Semenyih,

43000 Kajang, Selangor.

Isnin, Februari 08, 2010

Guru Penolong Kanan Kurikulum


Pn. Hajah Zuraidah Binti Haji Sa'adan merupakan Guru Penolong Kanan Kurikulum di Sek. Keb. Jalan Semenyih 1. Guru yang berdedikasi dan berjiwa kepemimpinan ini dilahirkan pada 14 Disember 1957 di Sg. Jambi, Rengit, Batu Pahat oleh pasangan bahagia Haji Sa'adan Bin Haji Nawawi dan isteri Hajah Tuminah Bt Hj. Sidek.

Hasil asuhan yang baik daripada kedua ibu bapa, beliau berjaya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1974 di Sek. Men. Dato' Bentara Luar, Batu Pahat. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran dalam Sijil Perguruan Malaysia pada tahun 1976-1977 di Maktab Perguruan Teknik, Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Selepas setahun menimba ilmu di maktab tersebut, akhirnya beliau berjaya berkhidmat sebagai guru Seni Perusahaan buat julung-julung kalinya di Sek. Men. Tengku Mahmud Iskandar PT Saidi di Senggarang, Batu Pahat. Beliau ditempatkan di sekolah berkenaan hampir 3 tahun bermula 1978-1980.

Perkhidmatan beliau sebagai pendidik tidak berhenti di situ sahaja kerana beliau telah ditempatkan di sekolah yang kedua iaitu Sek. Men. Ren PT Hj. Hassan di Sri Gading, Batu Pahat (1981). Seterusnya beliau diberi tanggungjawab untuk mengajar di SM Jalan Cheras (1982), SM Benut dan SM Rendah Benut (1983-1996), SM Tun Sardun (1997), SM Cheras Perdana (1998-2002), SK Batu 9, Cheras (2003) dan SK Taman Rakan (2003-2009). Antara subjek yang pernah beliau mengajar ialah Seni Perusahaan, B. Melayu, Geografi, Kemahiran Hidup, Matematik dan Kemahiran Hidup.

Dari segi kekeluargaan pula, beliau dianugerahkan 5 orang cahaya mata yang mana anak sulung beliau sudah mencecah usia 30 tahun manakala anak bongsu pula berumur 10 tahun. Beliau mengecapi kehidupan yang bahagia di samping suami tercinta, Haji Amri Bin Rasion yang berkhidmat sebagai anggota polis. Kenangan manis bagi beliau adalah saat-saat bahagia bersama keluarga manakala menjadi ibu tunggal selama 15 tahun merupakan saat yang pahit buat beliau. Selain keluarga, beliau juga sentiasa mendoakan anak-anak murid beliau supaya menjadi seorang yang cemerlang dan berdisiplin untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan juga akhirat.


Mesyuarat Agung PIBG 2010

Tanggal 6 Febuari 2010 telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG SK Jalan Semenyih 1 dengan jayanya. Mesyuarat ini bermula kira-kira jam 9.00 pagi dan dapat diselesaikan sepertimana yang dirancangkan iaitu jam 12.05 minit tengah hari.

Pada Mesyuarat Agung kali ini, Pengerusi sesi 2009 En Mohd Husaini telah diganti denga Pn Malathi bagi sesi 2010. Manakala di kalangan AJK sebahagian besarnya adalah dipilih semula dari sesi lepas bagi meneruskan kesinambungan dan perancangan yang telah dirancang.

Moga PIBG sesi 2010 ini dapat memberikan impak yang lebih besar kepada sekolah dalam memastikan kecemerlangan akademik dan sahsiah berterusan.

Mesyuarat Agung PIBG 2010

Pengerusi PIBG 2009, En Mohd Husaini

Penyerahan Tugas En Mohd Husaini (Pengerusi PIBG 2009) kepada Pn Malathi (Pengerusi PIBG 2010)

Saf Ahli Jawatankuasa PIBG 2010

Pengerusi PIBG, Pn Malathi bersama Penasihat PIBG, Pn Khadijah Nawawi

Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) 2010

Penaung
Pn Khadijah Nawawi
Guru Besar SKJS1

Pengerusi
Pn Malathi

Naib Pengerusi
Pn Nancy Lim

Setiausaha
En Mohd Hafizam Sulaiman

Penolong Setiausaha
Pn Aisah Parijan

Bendahari
En Arif Azrin Parawes

Ahli Jawatankuasa
En Fredinand Fernandez
En Mohd Haizam
En Subramaniam
En S Sivalinggam
En Charles Alberto
En Jamil Mat Noor
Pn Norzehan Mohd Hanafiah
Pn Sharmila Rani
Pn Asiah Johari

Pemeriksa Kira-kira
Pn Siti Hawa
Pn Hjh Zuraidah Sa'adan