Rabu, Februari 24, 2010

Selamat Datang GPK (Pendidikan Khas)

Tanggal 22 Feb 2010, SK Jalan Semenyih 1 memperoleh tambahan tenagan pentadbiran secara rasmi apabila Kementerian Pendidikan telah menghantar Guru Penolong Kanan bagi kelas pendidikan khas (pendengaran) di sekolah ini. Guru tersebut ialag Pn Norhashimah Samarin.

Sebelum ini jawatan tersebut dipertanggungjawabkan kepada Pn Sharmila Rani bagi menggantikan Pn Chee Kam Ling yang akan bersara Mac ini. Apabila datangnya GPK Khas ini pastinya akan memberi nafas baru dan menyambung kesinambungan kecemerlangan pendidikan khas di sekolah ini.

Pihak sekolah berbesar hati menerima kehadiran Pn Norhasimah Samarin dan InsyaAllah sama-sama berganding bahu menjayakan misi dan visi sekolah. selamat datang kami ucapkan.

Khamis, Februari 11, 2010

Guru Media


Pn. Mazniah Mohd Zain merupakan Guru Media di SK Jalan Semenyih 1 yang dilahirkan pada 23 Mei 1966 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan zuriat kepada pasangan Md. Zain Taib dan Mariam Mat.

Beliau mendapat asuhan dan didikan yang sempurna daripada ibu bapa sehingga berjaya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada 1983 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh. Selepas itu beliau bertugas sebagai Penghitung Perangkaan Sambilan (1989) dan 2 tahun kemudiannya beliau menjadi guru sandaran di SM Taman Kosas (1991), SR Lembah Keramat (1992), Sekolah Sri Inai (1995) dan Sekolah Sri Utama (1994).

Perkhidmatan beliau sebagai guru terlatih bermula pada 6 Januari 1998 bertempat di SK Taman Sri Pulai, Johor selepas menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Kinta pada tahun 1997. Subjek utama yang diajar oleh beliau adalah Bahasa Melayu. Tanggal 16 Febuari 1998, beliau ditukarkan ke sekolah ini dan diberi amanah untuk memegang jawatan guru pepustakaan dan media. Hasil kecekalan dan kesungguhan beliau mendidik anak bangsa, beliau telah dianugerahkan Khidmat Cemerlang pada tahun 2003.

Sekarang beliau menjalani kehidupan yang bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang. Beliau dianugerahkan 2 orang cahaya mata yang berumur 8 tahun dan 6 tahun hasil perkongsian hidup bersama suami beliau, Mohammed Shamsu yang bekerja sebagai Jurufoto. Kelahiran cahaya mata yang pertama merupakan saat yang paling manis buat beliau. Manakala kenangan pahit bagi beliau adalah peristiwa menaiki dan menuruni bas di tempat yang tidak sepatutnya suatu ketika dulu. Harapan beliau ialah ingin berjaya dalam hidup di dunia dan juga akhirat bersama keluarga.

Cuti Persekolahan Tahun Baru Cina 2010

Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SKJS 1/05/01/004 Tarikh : 20.1.2010

Kepada,

Ibu bapa/Penjaga

Sek. Keb. Jalan Semenyih 1,

43000 Kajang, Selangor

Tuan/Puan,

CUTI PERISTIWA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

Perkara di atas dirujuk.

2. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sekolah ini akan bercuti sempena Tahun Baru Cina seperti berikut:

Tarikh Cuti

Jenis Cuti

Tarikh Ganti

14, 15 & 16 Feb

Cuti Umum

-

17 Feb

Cuti Peristiwa

Tidak perlu ganti

18 Feb

Cuti Berganti

23.1.2010 (Sabtu)

(Jadual waktu hari Khamis)

19 Feb

Cuti Berganti

6.2.2010 ( Sabtu)

(Jadual waktu hari Jumaat)

3. Sila pastikan anak tuan/puan hadir pada 23/1/2010 dan 6/2/2010.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

…………………………….

Khadijah bt Nawawi

Guru Besar,

SK Jalan Semenyih Satu,

Jalan Semenyih,

43000 Kajang, Selangor.

Isnin, Februari 08, 2010

Guru Penolong Kanan Kurikulum


Pn. Hajah Zuraidah Binti Haji Sa'adan merupakan Guru Penolong Kanan Kurikulum di Sek. Keb. Jalan Semenyih 1. Guru yang berdedikasi dan berjiwa kepemimpinan ini dilahirkan pada 14 Disember 1957 di Sg. Jambi, Rengit, Batu Pahat oleh pasangan bahagia Haji Sa'adan Bin Haji Nawawi dan isteri Hajah Tuminah Bt Hj. Sidek.

Hasil asuhan yang baik daripada kedua ibu bapa, beliau berjaya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1974 di Sek. Men. Dato' Bentara Luar, Batu Pahat. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran dalam Sijil Perguruan Malaysia pada tahun 1976-1977 di Maktab Perguruan Teknik, Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Selepas setahun menimba ilmu di maktab tersebut, akhirnya beliau berjaya berkhidmat sebagai guru Seni Perusahaan buat julung-julung kalinya di Sek. Men. Tengku Mahmud Iskandar PT Saidi di Senggarang, Batu Pahat. Beliau ditempatkan di sekolah berkenaan hampir 3 tahun bermula 1978-1980.

Perkhidmatan beliau sebagai pendidik tidak berhenti di situ sahaja kerana beliau telah ditempatkan di sekolah yang kedua iaitu Sek. Men. Ren PT Hj. Hassan di Sri Gading, Batu Pahat (1981). Seterusnya beliau diberi tanggungjawab untuk mengajar di SM Jalan Cheras (1982), SM Benut dan SM Rendah Benut (1983-1996), SM Tun Sardun (1997), SM Cheras Perdana (1998-2002), SK Batu 9, Cheras (2003) dan SK Taman Rakan (2003-2009). Antara subjek yang pernah beliau mengajar ialah Seni Perusahaan, B. Melayu, Geografi, Kemahiran Hidup, Matematik dan Kemahiran Hidup.

Dari segi kekeluargaan pula, beliau dianugerahkan 5 orang cahaya mata yang mana anak sulung beliau sudah mencecah usia 30 tahun manakala anak bongsu pula berumur 10 tahun. Beliau mengecapi kehidupan yang bahagia di samping suami tercinta, Haji Amri Bin Rasion yang berkhidmat sebagai anggota polis. Kenangan manis bagi beliau adalah saat-saat bahagia bersama keluarga manakala menjadi ibu tunggal selama 15 tahun merupakan saat yang pahit buat beliau. Selain keluarga, beliau juga sentiasa mendoakan anak-anak murid beliau supaya menjadi seorang yang cemerlang dan berdisiplin untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan juga akhirat.


Mesyuarat Agung PIBG 2010

Tanggal 6 Febuari 2010 telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG SK Jalan Semenyih 1 dengan jayanya. Mesyuarat ini bermula kira-kira jam 9.00 pagi dan dapat diselesaikan sepertimana yang dirancangkan iaitu jam 12.05 minit tengah hari.

Pada Mesyuarat Agung kali ini, Pengerusi sesi 2009 En Mohd Husaini telah diganti denga Pn Malathi bagi sesi 2010. Manakala di kalangan AJK sebahagian besarnya adalah dipilih semula dari sesi lepas bagi meneruskan kesinambungan dan perancangan yang telah dirancang.

Moga PIBG sesi 2010 ini dapat memberikan impak yang lebih besar kepada sekolah dalam memastikan kecemerlangan akademik dan sahsiah berterusan.

Mesyuarat Agung PIBG 2010

Pengerusi PIBG 2009, En Mohd Husaini

Penyerahan Tugas En Mohd Husaini (Pengerusi PIBG 2009) kepada Pn Malathi (Pengerusi PIBG 2010)

Saf Ahli Jawatankuasa PIBG 2010

Pengerusi PIBG, Pn Malathi bersama Penasihat PIBG, Pn Khadijah Nawawi

Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) 2010

Penaung
Pn Khadijah Nawawi
Guru Besar SKJS1

Pengerusi
Pn Malathi

Naib Pengerusi
Pn Nancy Lim

Setiausaha
En Mohd Hafizam Sulaiman

Penolong Setiausaha
Pn Aisah Parijan

Bendahari
En Arif Azrin Parawes

Ahli Jawatankuasa
En Fredinand Fernandez
En Mohd Haizam
En Subramaniam
En S Sivalinggam
En Charles Alberto
En Jamil Mat Noor
Pn Norzehan Mohd Hanafiah
Pn Sharmila Rani
Pn Asiah Johari

Pemeriksa Kira-kira
Pn Siti Hawa
Pn Hjh Zuraidah Sa'adan