Khamis, Februari 11, 2010

Guru Media


Pn. Mazniah Mohd Zain merupakan Guru Media di SK Jalan Semenyih 1 yang dilahirkan pada 23 Mei 1966 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan zuriat kepada pasangan Md. Zain Taib dan Mariam Mat.

Beliau mendapat asuhan dan didikan yang sempurna daripada ibu bapa sehingga berjaya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada 1983 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh. Selepas itu beliau bertugas sebagai Penghitung Perangkaan Sambilan (1989) dan 2 tahun kemudiannya beliau menjadi guru sandaran di SM Taman Kosas (1991), SR Lembah Keramat (1992), Sekolah Sri Inai (1995) dan Sekolah Sri Utama (1994).

Perkhidmatan beliau sebagai guru terlatih bermula pada 6 Januari 1998 bertempat di SK Taman Sri Pulai, Johor selepas menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Kinta pada tahun 1997. Subjek utama yang diajar oleh beliau adalah Bahasa Melayu. Tanggal 16 Febuari 1998, beliau ditukarkan ke sekolah ini dan diberi amanah untuk memegang jawatan guru pepustakaan dan media. Hasil kecekalan dan kesungguhan beliau mendidik anak bangsa, beliau telah dianugerahkan Khidmat Cemerlang pada tahun 2003.

Sekarang beliau menjalani kehidupan yang bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang. Beliau dianugerahkan 2 orang cahaya mata yang berumur 8 tahun dan 6 tahun hasil perkongsian hidup bersama suami beliau, Mohammed Shamsu yang bekerja sebagai Jurufoto. Kelahiran cahaya mata yang pertama merupakan saat yang paling manis buat beliau. Manakala kenangan pahit bagi beliau adalah peristiwa menaiki dan menuruni bas di tempat yang tidak sepatutnya suatu ketika dulu. Harapan beliau ialah ingin berjaya dalam hidup di dunia dan juga akhirat bersama keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan