Selasa, Ogos 18, 2009

Program Motivasi Pecutan Akhir UPSR 2009

Pada 18 Ogos 2009 diadakan satu Program Motivasi Pecutan Akhir UPSR 2009. Program ini disempurnakan oleh pakar motivasi En Badrul Sani dari AMPAC, Bangi.
Program ini dilaksanakan sebagai persiapan akhir untuk memberi semangat dan motivasi kepada murid yang akan menduduki UPSA 2009.

Khamis, Ogos 06, 2009

Program Nilam Sedaerah Peringkat SK Jalan Semenyih 1

PELAKSANAAN :

1. Di adakah pada 03.08.2009 bersamaan hari Isnin, pukul 5.00 petang. Bertempat di Pondok Bacaan SKJS1.

2. Murid-murid menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Nilam. Kemudian ucapan Guru Besar Pn. Khadijah Nawawi berkaitan dengan Nilam Sedaerah.

3. Di samping itu pada setiap murid terdapat sebuah buku untuk setiap orang termasuk guru-guru. Mereka akan membaca lebih kurang 10 minit, kemudian mencatat ke dalam buku NILAM.

4. Kemudian diadakan aktiviti bercerita oleh murid Tahap 2.

5. Di samping itu juga diadakan bacaan petikan pendek oleh murid-murid yang pandai dan juga murid yang lemah untuk tahap 1.

6. Penyampaian sijil kepada pembaca terbanyak untuk bulan Jan. hingga Mei 2009.

7. Cenderahati kepada murid yang mengambil bahagian.

Impak Kepada NILAM:

100 peratus murid terlibat kecuali murid yang tidak hadir pada hari tersebut. Murid-murid semakin berminat untuk membaca kerana murid yang lemah juga turut terlibat dan penyampaian sijil dapat menarik perhatian mereka.

Penambahbaikan:

Aktiviti ini boleh dijalankan setiap tahun.

Majlis Perpisahan & Pertukaran PK Kurikulum

Minggu lepas 31 Julai 2009 (Jumaat) telah diadakan Majlis Perpisahan sempena pertukaran Pn Ayu Aidi Abdullah ke SK Jalan Enam, Bandar Baru Bangi. Disamping merai pertukaran Pn Ayu, majlis turut merai penempatan PK Kurikulum SK Jalan Semenyih 1 yang baru iaitu Pn Hajah Zuraidah Sa'adan.

Pn Hajah Zuraidah sebelum bertugas di sini memegang jawatan yang sama di SK Taman Rakan, Cheras. Pertukaran ke SK Jalan Semenyih 1 merupakan suatu pengalaman yang baru bagi beliau. Namun dalam ucapan sulung beliau di sini beliau yakin akan dapat memberikan yang terbaik buat sekolah ini.