Khamis, Ogos 06, 2009

Program Nilam Sedaerah Peringkat SK Jalan Semenyih 1

PELAKSANAAN :

1. Di adakah pada 03.08.2009 bersamaan hari Isnin, pukul 5.00 petang. Bertempat di Pondok Bacaan SKJS1.

2. Murid-murid menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Nilam. Kemudian ucapan Guru Besar Pn. Khadijah Nawawi berkaitan dengan Nilam Sedaerah.

3. Di samping itu pada setiap murid terdapat sebuah buku untuk setiap orang termasuk guru-guru. Mereka akan membaca lebih kurang 10 minit, kemudian mencatat ke dalam buku NILAM.

4. Kemudian diadakan aktiviti bercerita oleh murid Tahap 2.

5. Di samping itu juga diadakan bacaan petikan pendek oleh murid-murid yang pandai dan juga murid yang lemah untuk tahap 1.

6. Penyampaian sijil kepada pembaca terbanyak untuk bulan Jan. hingga Mei 2009.

7. Cenderahati kepada murid yang mengambil bahagian.

Impak Kepada NILAM:

100 peratus murid terlibat kecuali murid yang tidak hadir pada hari tersebut. Murid-murid semakin berminat untuk membaca kerana murid yang lemah juga turut terlibat dan penyampaian sijil dapat menarik perhatian mereka.

Penambahbaikan:

Aktiviti ini boleh dijalankan setiap tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan