Memaparkan catatan dengan label semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label semasa. Papar semua catatan

Isnin, November 02, 2015

Perkhemahan Tahunan 2015

Seperti yang dirancang, perkhemahan tahunan pada kali ini berlangsung dengan jayanya. Penyelaras Program, Pn Arnida Yusuf mampu mengukir senyum di akhir program walau di peringkat awal turut menghadapi beberapa kesulitan seperti terpaksa ditangguhkan program dari tarikh asalnya kepada 30 Okt 2015 akibat dari jerebu yang melanda.

 Taklimat dari Komandan Kem


Hari Jumaat, 30 Okt 2015 jam 2.30 petang pendaftaran peserta perkhemahan dan disusuli taklimat perkhemahan jam 3.00 petang oleh Komandan Kem Tn Arif Azrin. Usai taklimat para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan daripada kumpulan lelaki dan perempuan. Seterusnya setiap kumpulan bergerak menuju tapak perkhemahan dan mendirikan khemah masing-masing.

Sesi yang berikutnya pada hari pertama ini di sebelah malamnya dimulai dengan tazkirah ringkas dari Ustaz Mohd Gaddafi Ibrahim dan persembahan nilai-nilai murni dari setiap kumpulan yang terlibat. Menjelang tengah malam setiap peserta telah pun berada dalam khemah masing-masing untuk melelapkan mata pada hari pertama ini.

Jam 4.00 pagi Sabtu tanggal 31 Okt 2015, para peserta muslim telah pun bersiap bagi mengikuti slot qiamullail bersama Ustaz Ahmad Faizal dan disusuli dengan tazkirah subuh sesudah solat Subuh. Aktiviti seterusnya adalah pertandingan kawad kaki manakala menjelang tengah hari turut dilangsungkan pertandingan memasak dan gubahan bunga.

Usai rehat dan solat Zohor telah diadakan Majlis Penutup Perkhemahan Tahunan 2015 ini yang disempurnakan oleh Tn Rosli Hadi selaku PK Ko-Kurikulum SKJS 1. Selesainya majlis penutup maka dengan rasminya tirai perkhemahan tahunan pada kali ini telah sempurna dijayakan. 












Jumaat, Oktober 16, 2015

Sambutan Maal Hijrah 1437 Peringkat SKJS1

Pada hari ini, 3 Muharram 1437 bersamaan 16 oktober 2015 telah diadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1437 di peringkat sekolah.

Program dimulai dengan Majlis Bacaan Yasin dan disusuli ceramah memperingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW serta diakhiri pemberian cenderahati bagi panel jemputan serta murid-murid yang terlibat.


Pengacara Majlis, Ustazah Rahimah Mian

Penceramah Jemputan Ustaz Saiful Addha Mohammad

Barisan Pentadbir (atas kerusi)


Sesi penyampaian hadiah



Rabu, Oktober 07, 2015

Ladap PreSTasi kali ke 3



Tarikh ; 7 Okt 2015
Tempat : Makmal Komputer SKJS1

Jumaat, Oktober 02, 2015

Selamat Datang Pn Hasnizar Hj Kharuddin

Tanggal 17 Ogos 2015, SK Jalan Semenyih 1 bertukar Guru Besar secara rasmi apabila Kementerian Pendidikan telah menempatkan Pn Hasnizar Hj Kharuddin di sekolah ini.

Sebelum ini jawatan tersebut diamanahkankan kepada Tn Hj Zainuddin Mohd Ali. Kedatangan Guru Besar Pn Hasnizar ini pastinya akan memberi nafas baru dan  menyambung kesinambungan kecemerlangan pendidikan di sekolah ini.


Warga sekolah berbesar hati menerima kehadiran Pn Hasnizar Hj Kharuddin dan InsyaAllah membimbing kami menjayakan misi dan visi sekolah. Selamat datang kami ucapkan.

Rabu, Januari 02, 2013

Waktu Persekolahan 2013

Waktu Persekolahan sesi 2013 (Aliran Perdana)

Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3)

Isnin hingga Khamis
- 1.10 th hingga 6.30 ptg
- rehat 3.10 ptg hingga 3.30 ptg
Jumaat
- 2.40 ptg hingga 6.00 ptg (kecuali murid Islam 6.30 ptg termasuk tasmi')
- rehat 4.10 ptg hingga 4.30 ptg

Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6)


Isnin hingga Khamis
- 12.40 th hingga 6.30 ptg
- rehat 3.40 ptg hingga 4.00 ptg
Jumaat
- 2.40 ptg hingga 6.30 ptg
- rehat 4.40 ptg hingga 5.00 ptg

Khamis, Jun 24, 2010

Selamat Datang

Selamat datang diucapkan kepada dua guru yang baru bertukar ke SK Jalan Semenyih 1. Mereka adalah Puan Normasdiana Mohamad dan Puan Maiwastiaza. Warga sekolah berbesar hati di atas kehadhiran guru ini. Semoga sepanjang berkhidmat di sini akan dilimpahi keberkatan dan dipermudahkan dalam setiap urusan yang dilaksanakan.

Pn. Normasdiana Mohamad

Pn. Maiwastiaza

Rabu, Februari 24, 2010

Selamat Datang GPK (Pendidikan Khas)

Tanggal 22 Feb 2010, SK Jalan Semenyih 1 memperoleh tambahan tenagan pentadbiran secara rasmi apabila Kementerian Pendidikan telah menghantar Guru Penolong Kanan bagi kelas pendidikan khas (pendengaran) di sekolah ini. Guru tersebut ialag Pn Norhashimah Samarin.

Sebelum ini jawatan tersebut dipertanggungjawabkan kepada Pn Sharmila Rani bagi menggantikan Pn Chee Kam Ling yang akan bersara Mac ini. Apabila datangnya GPK Khas ini pastinya akan memberi nafas baru dan menyambung kesinambungan kecemerlangan pendidikan khas di sekolah ini.

Pihak sekolah berbesar hati menerima kehadiran Pn Norhasimah Samarin dan InsyaAllah sama-sama berganding bahu menjayakan misi dan visi sekolah. selamat datang kami ucapkan.

Isnin, Februari 08, 2010

Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) 2010

Penaung
Pn Khadijah Nawawi
Guru Besar SKJS1

Pengerusi
Pn Malathi

Naib Pengerusi
Pn Nancy Lim

Setiausaha
En Mohd Hafizam Sulaiman

Penolong Setiausaha
Pn Aisah Parijan

Bendahari
En Arif Azrin Parawes

Ahli Jawatankuasa
En Fredinand Fernandez
En Mohd Haizam
En Subramaniam
En S Sivalinggam
En Charles Alberto
En Jamil Mat Noor
Pn Norzehan Mohd Hanafiah
Pn Sharmila Rani
Pn Asiah Johari

Pemeriksa Kira-kira
Pn Siti Hawa
Pn Hjh Zuraidah Sa'adan