Jumaat, Mac 12, 2010

LINUS (LITERASI & NUMERASI SCREENING) TAHUN 1

  • Ujian lisan telah dijalankan pada 1-28 Februari 2010 dan ujian telah dijalankan pada 1-5 Mac 2010.
  • Rumusan daripada ujian tersebut didapati 13 orang murid gagal.
  • Ibu bapa / penjaga dimaklumkan dan sila berjumpa dengan Guru Linus- Zaila Bt. Kintan dan Guru Pemulihan- Pn Noor Laili bt. Shafie untuk berbincang tentang status pelajaran dan perancangan untuk penambahbaikan anak puan.

Harap maklum. Terima Kasih...

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 BAGI SESI 2011

Kepada :

Ibu Bapa/Penjaga

Tuan/Puan

1. Permohonan Pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke tahun 1 sesi persekolahan 2011 dan 2012 ke sekolah

Kelahiran pada : 02.01.2004-01.01.2005 (Sesi persekolahan 2011)

02.01.2005-01.01.2006 (Sesi persekolahan 2012)

a. Mulai tahun 2010 Ibubapa/Penjaga dikehendaki mendaftar anak yang lahir pada tahun 2005 dan 2006 melalui talian internet http://www.moe.gov/jpnselangor. Sila daftar sebelum 15 April 2010.

b. Setelah masukkan in data, sila datang ke sekolah untuk pengesahan dokumen dengan membawa :

i. Sijil Lahir/ Sijil anak Angkat Asal
ii. Bil Utiliti (Bil Letrik/Bil Air/Bil Telefon)
iii. Satu salinan Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga
iv. Sampul surat putih bersaiz 4x9 (115cm x 245 cm)
v. Setem 30 sen

c. Bagi mereka yang bermasalah untuk mendaftar melalui internet, sila datang ke sekolah dengan membawa dokumen-dokumen seperti di atas. Pihak sekolah akan membantu.

2. Cuti Pertengahan Penggal 1
Bermula 13 Mac hingga 21 Mac 2010
Sekolah bermula semula pada hari Isnin 22 Mac 2010.

3. Kelas Tambahan Tahun 6

a. Semua Tahun 6 dikehendaki hadir.
b. Kelas diadakan pada 15, 16, 17 Mac 2010 (Isnin – Rabu) waktu 8 pagi -11.30 pagi
c. Ibu bapa sila pastikan pengangkutan pergi dan balik anak jagaan tuan/puan.
d. Makan waktu rehat disediakan oleh pihak sekolah

Sekian, terima kasih


‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

Pn. Khadijah bt Nawawi
Guru Besar
Sk Jalan Semenyih Satu
Jalan Semenyih
43000 Selangor

Selasa, Mac 09, 2010

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas


Jawatan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Jalan Semenyih 1 disandang oleh Pn. Nor Hasimah Binti Samarin. Anak kelahiran Selangor ini dilahirkan pada 16 Febuari 1964 oleh Pn. Hasnah Binti Abd. Kahar bersama pasangan tercintanya iaitu Samarin Bin Sitam.

Beliau mula berkhidmat sebagai guru pada 1 Jun 1990 setelah mendapat Sijil Perguruan di Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur. Subjek pertama yang diajar oleh Pn. Nor Hasimah ialah Bahasa Melayu di SK Taman Midah Cheras. Pada Julai 2005, beliau telah melanjutkan pelajaran beliau di Maktab Perguruan Islam Bangi (OUM 14 Minggu). Seterusnya beliau melanjutkan lagi pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajaran di Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur dari 2006-2009. Pada tahun 2010, beliau diberi tanggungjawab menyandang jawatan Guru Penolong Kanan gred DGA32 (HAKIKI). Subjek utama yang diajar oleh beliau sekarang adalah Pendidikan Moral.

Dalam hal kekeluargaan pula, beliau dianugerahkan lima orang cahayamata hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, Mohd Yazid Bin Mohd Yusof. Suami beliau juga merupakan seorang pendidik. Kini anak sulung beliau sudah berumur 21 tahun manakala anak bongsu pula 13 tahun. Bagi beliau, kematian kedua orang tua tersayang merupakan saat paling sukar untuk dihadapi namun beliau harus redha dengan ketetapan Illahi. Saat manis pula adalah saat beliau menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Pengajaran dan akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah. Beliau berharap agar hidup terus cemerlang di dunia mahu pun akhirat.