Selasa, Mac 09, 2010

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas


Jawatan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Jalan Semenyih 1 disandang oleh Pn. Nor Hasimah Binti Samarin. Anak kelahiran Selangor ini dilahirkan pada 16 Febuari 1964 oleh Pn. Hasnah Binti Abd. Kahar bersama pasangan tercintanya iaitu Samarin Bin Sitam.

Beliau mula berkhidmat sebagai guru pada 1 Jun 1990 setelah mendapat Sijil Perguruan di Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur. Subjek pertama yang diajar oleh Pn. Nor Hasimah ialah Bahasa Melayu di SK Taman Midah Cheras. Pada Julai 2005, beliau telah melanjutkan pelajaran beliau di Maktab Perguruan Islam Bangi (OUM 14 Minggu). Seterusnya beliau melanjutkan lagi pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajaran di Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur dari 2006-2009. Pada tahun 2010, beliau diberi tanggungjawab menyandang jawatan Guru Penolong Kanan gred DGA32 (HAKIKI). Subjek utama yang diajar oleh beliau sekarang adalah Pendidikan Moral.

Dalam hal kekeluargaan pula, beliau dianugerahkan lima orang cahayamata hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, Mohd Yazid Bin Mohd Yusof. Suami beliau juga merupakan seorang pendidik. Kini anak sulung beliau sudah berumur 21 tahun manakala anak bongsu pula 13 tahun. Bagi beliau, kematian kedua orang tua tersayang merupakan saat paling sukar untuk dihadapi namun beliau harus redha dengan ketetapan Illahi. Saat manis pula adalah saat beliau menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Pengajaran dan akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah. Beliau berharap agar hidup terus cemerlang di dunia mahu pun akhirat.

1 ulasan:

  1. Semoga Pendidikan Khas SKJS1 terus mencapai pelbagai kejayaan. ~Chai Yun, bekas pelajar Pendidikan Khas SKJS1 1996 - 2002

    BalasPadam