Sabtu, April 25, 2009

Hari Buku Sedunia Peringkat SKJS1

Hari Buku Sedunua peringkat seklah telah dilancarkan pada 24 april 2009. Program ini bermula 5.30 petang hingga 6.30 petang. Perasmian program disempurnaklan Guru Besar SKJS 1, Pn Khadijah Nawawi.

Semasa program ini dilangsungkan murid diberi taklimat utk mengisi buku Nilam. Murid turut diterangkan mengenai kepentingan membaca dan sekaligus menggalakkan murid untuk menjadikan membaca sebagai hobi di dalam kehidupan seharian.


Jumaat, April 24, 2009

Program LDAP

SKJS 1 mengadakan Program Latihan Dalam Perkhidmatan di peringkat sekolah. Program ini bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme para pendidik sekolah. Semua guru terlibat dalam program ini.
Tentatif program ini adalah seperti berikut:

Rabu (22 April 2009)
Pengisian: Pn Ayu Aidi
GPK Kurikulum SKJS 1

Khamis (23 April 2009)
Pengisian: Pn Nurulbadar
Penolong Pegawai Pelajaran (Akademik)
Daerah Hulu Langat

Sabtu (25 April 2009)
Pengisian : 1. Pn Chee
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas SKJS 1
2. Pn Nor Azliana
3. Pn Mazniah
Guru Media SKJS1
4. En Mohd Gaddafi
Penyelaras ICT SKJS 1

Perlaksanaan program ini diharapkan memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

Urusetia Program: En Zakaria Abu Nawas (Kaunselor SKJS1)

Rabu, April 22, 2009

Guru SKJS1 (Part 3)

En Mohd Gaddafi

En Habib

Pn Chee

Pn Siti Haslin

Cik Noor Asiah

Pn Nor Azliana

Pn Rosni

Guru Besar

Pn. Khadijah Nawawi merupakan seorang guru yang cekal dan tabah. Beliau merupakan Guru Besar di SK Jalan Semenyih 1, Kajang. Diputerikan kira-kira 55 tahun yang lalu dari pasangan Nawawi bin Hj Abd Hamid dan Putih binti Salim di Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Setelah melalui zaman kanak-kanak, era remaja beliau mendapat pendidikan di Sek Men Convent sehinggalah memperolehi Sijil MCE pada 1971. Kemudiannya beliau menyambung pelajaran di Victoria Instituition sehingga memperolehi Sijil HSC (1973). Pada tahun 1975 beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Ilmu Khas bagi menyambung pelajaran dalam bidang perguruan. Berkat usaha dan semangat yang gigih, pada 1977 ditempatkan mengajar di SK Rawang, Selangor. Di sekolah inilah secara rasmi beliau menjadi pendidik anak bangsa dengan subjek pertama yang diajar ialah Bahasa Inggeris.

Pn. Khadijah merupakan seorang yang berpengalaman, bermula dari seorang guru penolong sehinggalah menjawat jawatan Guru Besar. Dalam mengharungi tugas sebagai seorang guru, sebanyak lima buah sekolah cukup memberi bekalan berguna bagi mempersiapkan diri sebagai pentadbir tertinggi di sekolah kebangsaan. Sekolah yang pernah ditaburkan khidmat oleh bermula SK Rawang, Selangor (1977), SK Kajang, Kajang (1984), SK Puchong Jaya, Puchong (2000), SK Jalan Bukit 2, Kajang (2001) dan akhirnya ke SK Jalan Semenyih 1, Kajang (2007).

Berhubung dengan keluarga, mereka sentiasa menyokong beliau terutama suami tercinta En. Osman bin Baba yang kini sudah bersara. Anak-anak seramai empat orang turut memahami kerjaya beliau. Bahkan anak yang sulung (30 tahun) memberikan sesuatu yang bermakna dengan menghadirkan cucu yang tercinta. Begitu juga dengan anak bongsu yang sedang menunutut jurusan perubatan di luar negara memberikan kebanggaan kepada beliau.

Pn. Khadijah gemar bersantai bersama-sama teman guru yang baginya umpama satu keluarga. Apa yang diharapkan moga kehidupan ini diberkati dan dirahmati Allah SWT hingga ke akhir hayat.

Isnin, April 20, 2009

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Pn. Zaraidah binti Mohd Tahir merupakan seorang guru yang berpengalaman dan dihormati rakan sejawat mahupun anak-anak didik. Sesuai dengan karektornya, beliau merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SK Jalan Semenyih 1, Kajang. Dilahirkan kira-kira 53 tahun yang lalu oleh pasangan bahagia Mohd Tahir bin Malim Kaya dan isteri Rafeah binti Kassim di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Setelah melalui zaman kanak-kanak dan remaja, pada tahun 1976 beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (sekarang Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim, Perak bagi mempersiapkan diri sebagai seorang guru. Berkat usaha, ketabahan dan semangat untuk menjadi seorang pendidik, dua tahun berikutnya beliau memasuki alam perguruan yang sebenar. Sekolah pertama beliau ditempatkan ialah SMK Padang Tembak, Kuala Lumpur. Manakala subjek pertama yang diajar ialah Bahasa Inggeris.

Pengalaman Pn. Zaraidah diperolehi hasil dari tugasan yang dipertanggungjawabkan bermula dari SMK Padang Tembak, Kuala Lumpur (1978), SK Petaling (1980), SK Lubok Kelubi (1981), SK Hulu Langat (1984), SK Jengka 15, Pahang (1982), SK Batu Sembilan (1999) dan diamanahkan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SK Ampang Campuran (2000). Pada tahun 2003 amanah tersebut diteruskan walaupun ditukarkan ke SK Jalan Semenyih 1, Kajang hingga kini.

Berhubung dengan keluarga, Pn. Zaraidah sangat bertuah. Beliau sememangnya ditakdirkan bertemu jodoh dengan pasangan yang secocok yang sama-sama memahami kerjaya masing-masing. Suami beliau En. Mohd Ariff bin Yahaya juga merupakan seorang pendidik dan menjawat jawatan Guru Besar sekolah. Manakala anak-anak yang sejumlah empat orang masing-masing sudah berdikari. Anak sulung telah pun mencecah umur 27 tahun dan yang paling bongsu adalah 17 tahun. Bersama anak-anak Pn. Zaraidah mempunyai banyak kenangan manis terutama ketika anak-anak beliau mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Manakala ketika salah seorang anak beliau dimasukkan ke hospital selama dua bulan pada 1998 merupakan suatu kesedihan padanya. Dari segi harapan pula beliau mengharapkan bekalan kesihatannya biarlah sepanjang hayat.

Jumaat, April 17, 2009

Penolong Kanan Ko-Kurikulum


Pn. Tan Chong Eng merupakan seorang guru yang berdedikasi. Beliau merupakan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum di SK Jalan Semenyih 1, Kajang. Dilahirkan kira-kira 55 tahun yang lalu oleh pasangan Tan Kim Kang dan Chua Ah Mui di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Setelah melalui zaman kanak-kanak dan remaja, pada tahun 1978 beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Bahasa bagi mempersiapkan diri sebagai seorang guru. Berkat usaha dansemangat untuk mendidik, setahun kemudian beliau memasuki alam perguruan yang sebenar. Sekolah pertama beliau ditempatkan ialah SMK Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu. Manakala subjek pertama yang diajar ialah Bahasa Cina.

Pn. Tan mempunyai banyak pengalaman, ini dapat dibuktikan dengan penempatannya dalam banyak sekolah sebelum ditugaskan ke SK Jalan Semenyih 1, Kajang. Selain itu, sebelum berpindah ke sekolah ini belaiau merupakan pendidik di peringkat menengah. Bermula SMK Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu (1979), SMK Engku Hussein, Semenyih (1981), SMK Bandar Baru Bangi, Bangi (1985), SMJK Yu Hua, Kajang (1986) dan barulah SK Jalan Semenyih 1, Kajang (2004).

Berhubun g dengan keluarga, mereka sentiasa menyokong beliau terutama suami tercinta En. Ng Kim Kok yang kini sudah bersara. Anak-anak seramai tiga orang turut memahami kerjaya beliau. Bahkan anak yang sulung (27 tahun) banyak membantu meringankan keadaan keluarga. Pn. Tan memp[unyai harapannya yang tersendiri menjelang tahun-tahun terakhir alam kerjaya, mengharapkan agar bersara dengan keadaan yang sihat.

Selasa, April 14, 2009

Info BKG SKJS 1

1. Jamuan Hari Guru & Majlis Perpisahan
akan diadakan pada 15 Mei 2009
(Jumaat malam Sabtu)
bertempat di
Bangi Golf Resort
(semua guru dialukan hadhir bersama pasangan)

2. Perihal Sumbangan
sumbangan dan saguhati bagi ahli dikemaskini seperti berikut:

a. Perkahwinan RM 100 berserta kutipan ikhlas.

b. Bersalin RM 50 berserta kutipan ikhlas.

c. Kematian RM 50 berserta kutipan ikhlas.

d. Berpindah/bersara RM 50 bagi kurang dari 4 tahun di sekolah

RM 100 bagi 4 tahun dan lebih di sekolah

Isnin, April 13, 2009

Kem Bestari Solat siri 2/2009

Sabtu 11 April 2009 telah diadakan Kem Bestari Solat kali ke 2 bagi tahun ini. ianya bermula pada jam 1.10 tengah hari dan berakhir jam 6.30 petang. Seramai enam orang guru yang terlibat iaitu Ustaz Mohd Gaddafi, Ustazah Ruslinda, Ustazah Rahmah, Ustazah Wan Nur Rabizah, Cikgu Noor Laili dan Cikgu Mazniah.

Penyertaan murid pada kali ini adalah baik iaitu seramai 64 orang yang hadir. Semua murid melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah diatur dengan baik. Antaranya ialah lafaz niat solat dan wudhuk, bacaan dalam solat dan doa-doa pendek.

Pihak urusetia mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir kerana memberi sokongan yang padu. Kepada PK-Ko, Puan Tan terima kasih atas kerjasama yamg diberikan. Penghargaan khas buat Guru Besar kerana meluang masa bersama menghadiri kem ini. Kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung diucapkan terima kasih.





Guru SKJS 1 (Part 2)

En AzmiPn Asiah
Pn Aisah
Pn Noor Laili
En Hafizam
Pn NoraidahPn NoriffahPn RahmahPn YohannaPn NorzehanEn Jamil
Pn Norliza
Pn Mazniah
Pn Hasmidarwani

Ahad, April 12, 2009

Guru SKJS 1 (Part 1)

Pn Anastasia

Cik Tanuja

Pn Wan Nur Rabizah

En Zakaria

Pn Norehan

Pn Zaila

En Arif Azrin

Pn Wan Latifah

Pn Noraziah

Pn Sharmila

Pn Lee

Pn Arbayah

Pn Mayamarni

Rabu, April 08, 2009

Kem Orientasi Pengawas Pusat Sumber

Diadakan di kem Dusun Eco, Bentong, Pahang pada 3 hingga 5 April 2009. Program ini anjuran Pusat Kegiatan Guru, Kajang yang melibatkan penyertaan 83 murid. Wakil dari SK Jalan Semenyih 1 adalah seramai lima orang. Guru pengiring adalah Puan Wan Nur Rabizah Wan Kamaruddin.

Objektif kem ini adalah memberi pendedahan kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah berkenaan bidang tugas dan peranan masing-masing.