Jumaat, April 17, 2009

Penolong Kanan Ko-Kurikulum


Pn. Tan Chong Eng merupakan seorang guru yang berdedikasi. Beliau merupakan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum di SK Jalan Semenyih 1, Kajang. Dilahirkan kira-kira 55 tahun yang lalu oleh pasangan Tan Kim Kang dan Chua Ah Mui di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Setelah melalui zaman kanak-kanak dan remaja, pada tahun 1978 beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Bahasa bagi mempersiapkan diri sebagai seorang guru. Berkat usaha dansemangat untuk mendidik, setahun kemudian beliau memasuki alam perguruan yang sebenar. Sekolah pertama beliau ditempatkan ialah SMK Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu. Manakala subjek pertama yang diajar ialah Bahasa Cina.

Pn. Tan mempunyai banyak pengalaman, ini dapat dibuktikan dengan penempatannya dalam banyak sekolah sebelum ditugaskan ke SK Jalan Semenyih 1, Kajang. Selain itu, sebelum berpindah ke sekolah ini belaiau merupakan pendidik di peringkat menengah. Bermula SMK Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu (1979), SMK Engku Hussein, Semenyih (1981), SMK Bandar Baru Bangi, Bangi (1985), SMJK Yu Hua, Kajang (1986) dan barulah SK Jalan Semenyih 1, Kajang (2004).

Berhubun g dengan keluarga, mereka sentiasa menyokong beliau terutama suami tercinta En. Ng Kim Kok yang kini sudah bersara. Anak-anak seramai tiga orang turut memahami kerjaya beliau. Bahkan anak yang sulung (27 tahun) banyak membantu meringankan keadaan keluarga. Pn. Tan memp[unyai harapannya yang tersendiri menjelang tahun-tahun terakhir alam kerjaya, mengharapkan agar bersara dengan keadaan yang sihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan