Isnin, April 13, 2009

Kem Bestari Solat siri 2/2009

Sabtu 11 April 2009 telah diadakan Kem Bestari Solat kali ke 2 bagi tahun ini. ianya bermula pada jam 1.10 tengah hari dan berakhir jam 6.30 petang. Seramai enam orang guru yang terlibat iaitu Ustaz Mohd Gaddafi, Ustazah Ruslinda, Ustazah Rahmah, Ustazah Wan Nur Rabizah, Cikgu Noor Laili dan Cikgu Mazniah.

Penyertaan murid pada kali ini adalah baik iaitu seramai 64 orang yang hadir. Semua murid melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah diatur dengan baik. Antaranya ialah lafaz niat solat dan wudhuk, bacaan dalam solat dan doa-doa pendek.

Pihak urusetia mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir kerana memberi sokongan yang padu. Kepada PK-Ko, Puan Tan terima kasih atas kerjasama yamg diberikan. Penghargaan khas buat Guru Besar kerana meluang masa bersama menghadiri kem ini. Kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung diucapkan terima kasih.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan