Isnin, April 06, 2009

Maulid Rasul 1430

Pada hari Jumaat 3 April 2009 bermula jam 3.30 petang diadakan program Maulid Rasul peringkat SK Jalan Semenyih 1 bertempat di Masjid Jamek Bandar Kajang. Program ini dimulai dengan perarakan murid-murid dari sekolah menuju Masjid Jamek Bandar Kajang. sepanjang perjalanan murid-murid mengalunkan solawat ke atas Rasulullah SAW.

Setelah sampai di masjid, agenda seterusnya solat Asar secara berjamaah di sana. selesai menunaikan solat, murid-murid serta para guru SK Jalan semenyih 1 dihidangkan dengan ceramah oleh al-Fadhil Ustaz Fazri, Imam 1 Masjid Jamek Bandar Kajang.

Kira-kira jam 5.45 petang selesai ceramah dan murid-murid sekali lagi berarak pulang ke sekolah dari masjid. suasana pada majlis tersebut amat ceria dan bermakna.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan