Isnin, April 20, 2009

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Pn. Zaraidah binti Mohd Tahir merupakan seorang guru yang berpengalaman dan dihormati rakan sejawat mahupun anak-anak didik. Sesuai dengan karektornya, beliau merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SK Jalan Semenyih 1, Kajang. Dilahirkan kira-kira 53 tahun yang lalu oleh pasangan bahagia Mohd Tahir bin Malim Kaya dan isteri Rafeah binti Kassim di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Setelah melalui zaman kanak-kanak dan remaja, pada tahun 1976 beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (sekarang Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim, Perak bagi mempersiapkan diri sebagai seorang guru. Berkat usaha, ketabahan dan semangat untuk menjadi seorang pendidik, dua tahun berikutnya beliau memasuki alam perguruan yang sebenar. Sekolah pertama beliau ditempatkan ialah SMK Padang Tembak, Kuala Lumpur. Manakala subjek pertama yang diajar ialah Bahasa Inggeris.

Pengalaman Pn. Zaraidah diperolehi hasil dari tugasan yang dipertanggungjawabkan bermula dari SMK Padang Tembak, Kuala Lumpur (1978), SK Petaling (1980), SK Lubok Kelubi (1981), SK Hulu Langat (1984), SK Jengka 15, Pahang (1982), SK Batu Sembilan (1999) dan diamanahkan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SK Ampang Campuran (2000). Pada tahun 2003 amanah tersebut diteruskan walaupun ditukarkan ke SK Jalan Semenyih 1, Kajang hingga kini.

Berhubung dengan keluarga, Pn. Zaraidah sangat bertuah. Beliau sememangnya ditakdirkan bertemu jodoh dengan pasangan yang secocok yang sama-sama memahami kerjaya masing-masing. Suami beliau En. Mohd Ariff bin Yahaya juga merupakan seorang pendidik dan menjawat jawatan Guru Besar sekolah. Manakala anak-anak yang sejumlah empat orang masing-masing sudah berdikari. Anak sulung telah pun mencecah umur 27 tahun dan yang paling bongsu adalah 17 tahun. Bersama anak-anak Pn. Zaraidah mempunyai banyak kenangan manis terutama ketika anak-anak beliau mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Manakala ketika salah seorang anak beliau dimasukkan ke hospital selama dua bulan pada 1998 merupakan suatu kesedihan padanya. Dari segi harapan pula beliau mengharapkan bekalan kesihatannya biarlah sepanjang hayat.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    Terlebih dulu, saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Azman Bin Abdul Aziz Bin Abdul Rahman Bin Malim Kaya.

    Saya ingin berhubung dengan Pn Zaraidah untuk menanya tentang salasilah beliau. Sebabnya ialah saya perasan bahawa datuknya pun bernama Malim Kaya.

    Diketahui bahawa Tok Malim Kaya ini telah berkahwin beberapa kali, sekurang2nya dua kali. Saya hanya ingin mendapat kepastian adakah Puan Zaraidah ini dan saudara2nya adalah dari salah satu cabang dalam keluarga Malim Kaya.

    Harap Pn. Zaraidah dapat menghubungi saya melalui message Facebook di http://www.facebook.com/home.php#!/profile.php?id=100000972816212, atau hantar email kepada saya di azman.abdulaziz@gmail.com.

    Harap Puan tidak keberatan hubungi saya.

    Juga Pn boleh ke sini untuk ke FB Group Generasi Tok Malim Kaya: http://www.facebook.com/group.php?gid=116941351671424

    Sekian, Wassalam.

    Yang Benar,

    Azman Abdul Aziz (Abu Taufan),
    Subang Jaya,
    Selangor.

    BalasPadam