Selasa, Julai 28, 2009

Sambutan Bulan Kemerdekaan

27 Julai 2009 diadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan secara rasmi peringkat SK Jalan Semenyih 1. Ianya dimulai dengan persembahan lagu patriotik dari murid Tahun Lima dan diikuti kibaran jalur gemilang dari murid-murid.

Upacara kuiz kemerdekaan turut diadakan bagi mengingatkan murid-murid peri pentingnya mencapai kemerdekaan. Sambutan ini akan diteruskan sehingga sebulan dan akan berakhir pertengahan September 2009.

Para guru dan murid mengambil bahagian

Persembahan murid Tahun 5

Nyanyian Lagu Patriotik

Kibaran Jalur Gemilang Murid SK Jalan Semenyih 1

Majlis Jamuan Pertukaran GPK Kurikulum

Tanggal 27 Julai diadakan jamuan sempena pertukaran Pn Ayu Aidi Abdullah setelah sekian lama berkhidmat di SK Jalan Semenyih 1. Kira-kira tujuh tahun yang lalu (2002) beliau dipindahkan ke sekolah ini dengan kenaikan pangkat ke Guru Penolong Kanan.

Beliau yang memulakan khidmat sebagai guru semenjak 1976 dengan sekolah pertama yang ditempatkan ialah SK Telok Medan, Bagan Serai, Perak. Subjek utama yang diajar beliau dari awal sehingga kini adalah Bahasa Inggeris.

Kini ibu kepada tiga anak ini akan mengorak langkah ke destinasi seterusnya di SK Jalan Enam, Bandar Baru Bangi, Selangor yang merupakan sekolah kelima dalam kerjaya beliau. Semoga dengan perpindahan akan memberikan kebaikan kepada beliau yang mana harapan yang sentiasa ada di sudut naluri beliau ialah menjadi seorang Islam yang baik dan diterima Allah dunia dan akhirat.

Pn Ayu berucap di Perhimpunan Sekolah buat akhir kalinya

Pn Ayu Aidi Abdullah


Khamis, Julai 16, 2009

Ceramah Peningkatan Sains

Pada Khamis 16 Julai 2009 telah diadakan satu ceramah teknik manjawab soalan UPSR. Pada kali ini ceramah melibatkan subjek Sains. Penceramah jemputan pada kali ini ialah En Mohd Azli dari SK Sungai Kantan.

Sasaran program ini melibatkan semua murid tahun enam iaitu sebanyak 57 orang. Dari jumlah tersebut enam murid adalah dari tahun enam aliran khas. Objektif program ini adalah seperti berikut;

1. Mendedahkan murid cara-cara menjawab soalan Sains UPSR.
2. Meningkatkan pemahaman murid dalam teknik menjawab soalan.
3. Meningkatkan motivasi murid-murid dalam keyakinan dan kefahaman menjawab soalan.

En Mohd Azli sedang memberi ceramah

Murid-murid khusyuk mendengar

Murid memberi tumpuan sepenuhnya

Rabu, Julai 08, 2009

Program Integrasi Murid

Tanggal 6 Julai 2009 telah diadakan Program Integrasi Murid yang melibatkan murid aliran perdana dan aliran khas. Program pada kali ini melibatkan sesi menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.

Murid yang mengambil bahagian ialah semua murid aliran khas dan sebahagian kecil murid aliran perdana.

Murid-murid aliran khas mangambil bahagian

Isyarat tangan bagi menyanyikan lagu 'Negaraku'

Murid-murid yang mengaksikan program yang dijalankan

Jumaat, Julai 03, 2009

Motivasi Pengawas Pusat Sumber

Motivasi pengawas Pusat Sumber diadakan Sabtu 27 Jun 2009. Kesemua Pengawas Pusat Sumber diwajibkan hadir. Pada sesi motivasi tersebut diadakan ceramah dan latihan dalam kumpulan. di akhir sesi program motivasi tersebut penceramah diberi saguhati oleh pihak sekolah.

Penceramah jemputan
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Pn Ayu Aidi (PK 1) menyampaikan cenderamata

Kem Bestari Solat siri 3/2009

Kem Bestari Solat (KBS) siri 3 bagi tahun 2009 telah diadakan pada 27 Jun 2009 (Sabtu). Siri ini diadakan rentetan dari siri-siri sebelumnya. Bagi tahun ini KBS yang wajib diadakan berbaki hanya sekali. Namun pihak sekolah berazam akan memberikan pendedahan praktikal solat secara berterusan walau jumlah kem yang diperuntukkan hanya empat kali setahun.

Berdasarkan rekod yang dicatatkan, murid-murid yang menghadiri kem solat yang dianjurkan dengan penuh komitmen menunjukan tahap kefahaman dalam penghayatan solat meningkat. Ini memberi gambaran positif bagi meneruskan program ini di masa akan datang. Selain pentadbir dan saf guru-guru, para ibu bapa turut memberi sumbangan yang besar terutamanya berkaitan sokongan moral menghantar anak-anak mereka ke KBS ini.

اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ
سبحان ربي الأعلي وبحمده
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Alhamdulillah selesai

Kem Solat Perdana

Apabila disebut kem solat, pasti anggapan umum akan tergambar Kem Bestari Solat (KBS) yang merupakan modul wajib bagi perlaksanaan program j-QAF seluruh sekolah kebangsaan. namun Panitia Pendidikan Islam SK Jalan Semenyih 1 mengambil pendekatan meluaskan praktikal amali solat bukan setakat murid-murid yang terlibat dengan j-QAF, tetapi meliputi keseluruhan murid Islam di sekolah ini.

Pada 27 Jun 2009 bersamaan Sabtu yang lalu program seumpama KBS telah diadakan. Murid yang terlibat ialah tahun empat, lima dan enam. Melalui program ini dapat dikesan sememangnya terdapat murid yang sememangnya perlu didedahkan dengan amali solat secara khusus. Bahkan sebilangan kecil murid tahap dua ini perlaksanaan solatnya sama taraf murid tahap satu. InsyaAllah ini merupakan testimoni pertama dan bukanlah terakhir yang akan dilaksanakan bagi murid yang tidak terlibat dengan program j-QAF.
Membaca doa selepas azan
Guru membetulkan saf murid
Pelbagai gaya mengangkat 'Takbiratul Ihram'

Penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

Tanggal 27 Jun 2009 (Sabtu) pihak sekolah telah menyampaikan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada dua murid tahun 1. Murid tersebut ialah Mohammad al-Fateh dan Nathanial Rugen. Kedua-dua mereka diwakili penjaga masing-masing bagi menerima wang tersebut.
Ayah murid Muhammad al-Fateh menerima sumbangan dari Pn Zaraidah Mohd Tahir, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Ibu Nathanial a/l Rugen, Pn Saraspathy menerima sumbangan