Selasa, Julai 28, 2009

Majlis Jamuan Pertukaran GPK Kurikulum

Tanggal 27 Julai diadakan jamuan sempena pertukaran Pn Ayu Aidi Abdullah setelah sekian lama berkhidmat di SK Jalan Semenyih 1. Kira-kira tujuh tahun yang lalu (2002) beliau dipindahkan ke sekolah ini dengan kenaikan pangkat ke Guru Penolong Kanan.

Beliau yang memulakan khidmat sebagai guru semenjak 1976 dengan sekolah pertama yang ditempatkan ialah SK Telok Medan, Bagan Serai, Perak. Subjek utama yang diajar beliau dari awal sehingga kini adalah Bahasa Inggeris.

Kini ibu kepada tiga anak ini akan mengorak langkah ke destinasi seterusnya di SK Jalan Enam, Bandar Baru Bangi, Selangor yang merupakan sekolah kelima dalam kerjaya beliau. Semoga dengan perpindahan akan memberikan kebaikan kepada beliau yang mana harapan yang sentiasa ada di sudut naluri beliau ialah menjadi seorang Islam yang baik dan diterima Allah dunia dan akhirat.

Pn Ayu berucap di Perhimpunan Sekolah buat akhir kalinya

Pn Ayu Aidi Abdullah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan