Khamis, Ogos 06, 2009

Majlis Perpisahan & Pertukaran PK Kurikulum

Minggu lepas 31 Julai 2009 (Jumaat) telah diadakan Majlis Perpisahan sempena pertukaran Pn Ayu Aidi Abdullah ke SK Jalan Enam, Bandar Baru Bangi. Disamping merai pertukaran Pn Ayu, majlis turut merai penempatan PK Kurikulum SK Jalan Semenyih 1 yang baru iaitu Pn Hajah Zuraidah Sa'adan.

Pn Hajah Zuraidah sebelum bertugas di sini memegang jawatan yang sama di SK Taman Rakan, Cheras. Pertukaran ke SK Jalan Semenyih 1 merupakan suatu pengalaman yang baru bagi beliau. Namun dalam ucapan sulung beliau di sini beliau yakin akan dapat memberikan yang terbaik buat sekolah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan