Isnin, Mei 18, 2009

Majlis Jamuan Hari Guru 2009

Jamuan sempena Hari Guru yang diadakan pada malam 16 Mei 2009 di Bangi Golf Resort amat meriah. Majlis ini dihadiri hampir keseluruhan warga perkhidmatan SK Jalan Semenyih 1. turut menyerikan lagi majlis ini, kesemua empat tetamu yang dirai En. Habib Ismail, En Thamil Vanan, Pn Chee dan Pn Maida serta pasangan Pengerusi PIBG sekolah En Husaini dan isteri.

Keceriaan majlis ini dapat digambar dari riak wajah yang hadir. Mereka tanpa segan silu menjamah kesemua makanan yang dihidangkan dari ais krim hingga Nasi beriani hujan panas. Pihak BKG yang menganjurkan majlis ini merasa bangga dengan kehadiran semua. Sebagai tanda mata setiap yang hadir diberikan hadiah.











1 ulasan:

  1. salam..

    cikgu rogayah masih mengajar lagi x kt skola ni? teringin sgt nk jumpe die..

    sy bekas pelajar die.. (upsr tahun 2000)

    BalasPadam