Rabu, Jun 17, 2009

Perancangan Strategik

Tn Hj Zolkafli Tahir
Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan siri 3 sesi 2009 telah di adakan pada 17 Jun 09 dan 20 Jun 09. Pada Rabu 17 Jun, kursus ini dimulai oleh Tn Hj Zolkafli Tahir selaku Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti di Jabatan Pelajaran Selangor yang membentangkan Pengurusan Strategik. Pembentangan ini merangkumi eleman SKPM (Standard Kualiti Pengurusan Sekolah) dan keperluan-keperluan utama bagi seorang guru.

Pada sesi ini, para peserta ramai mengambil bahagian bersoal jawab dengan Tn Hj Zolkafli. Antara isu yang dibincangkan berkaitan penggunaan buku teks sebagai bahan utama P&P dan metode yang diperlukan bagi murid pendidikan khas mengaplikasi secara total silibus selaras dengan aliran perdana.

Isu tentang P&P berkesan turut dibangkitkan iaitu hampir keseluruhan guru dibebani dengan tugas sampingan yang tidak berkaitan langsung dengan P&P. Namun perkara tersebut dijelaskan Tn Hj Zolkafli memerlukan setiap guru menilai tahap dan apa yang sepatutnya dilaksanakan guru bagi mengatasinya. Menurut beliau setiap perkara yang dipertanggungjawabkan semestinya mempunyai jalan penyelesaian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan