Selasa, September 01, 2009

Temasya Sukan 2009

Tanggal 15 Ogos 2009 telah diadakan Temasya Sukan Tahunan SK Jalan Semenyih 1, Kajang. Perasmian program ini disempurnakan Yang Dipertua PIBG SKJS1, En Husaini.

Pada kali ini sukan yang dianjurkan berbentuk sukan mini yang hanya melibatkan permainan sukaneka di kalangan murid-murid. Disamping itu acara lain yang turut diadakan adalah pertandingan tarik tali. Acara guru turut diselitkan bagi memeriahkan majlis Temasya Sukan dengan diadakan acara boling kelapa.

Rumah Sukan yang mengungguli permainan pada tahun ini jatuh kepada Rumah Kuning.

Perasmian oleh YDP PIBG SKJS1, En Husaini

Guru Besar, Pn Khadijah menyampaikan cenderamata kepada Perasmi

Dif Jemputan

Para ibu bapa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan