Khamis, Jun 23, 2011

Jemputan Hari Akademik, Larian 1 Murid 1 Sukan & Temasya Sukan Mini 2011


Sek. Keb. Jalan Semenyih Satu,
Jalan Semenyih,
43000 Kajang,    
Selangor Darul Ehsan.                                                                               No. Tel/Fax: 03-87367519


Ruj. Kami : Bil. (    ) dlm. SKJS 1/05/01/004                                                                                                   Tarikh : 21.6.2011

Kepada ,
Ibu bapa / Penjaga
SK Jalan Semenyih 1,
43000 Kajang.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN  :        1.  HARI AKADEMIK 2011
2.  LARIAN 1 MURID 1 SUKAN (1M1S) DAN SUKAN MINI 2011

1.             Hari Akademik 2011 akan diadakan pada:

Tarikh    :               1.7.2011 (Jumaat)
Masa      :               4.00 petang hingga 6.30 petang
Tempat  :               Tahap 1 : Bilik Wawasan ( Tahun 1, 2, 3 dan Pendidikan Khas)
                                        Tahap 2 : Makmal Sains (Tahun 4, 5 ,6 dan Pendidikan Khas)

Semua ibubapa/penjaga dikehendaki hadir ke sekolah untuk berjumpa guru kelas untuk mengambil :
a.       Keputusan markah peperiksaan pertengahan tahun 2011
b.       Markah/gred ujian lisan B.Melayu dan B. Inggeris (PLBS)
c.        Mengetahui status disiplin dan kedatangan anak-anak.
d.       Berbincang tentang masalah atau cara-cara untuk penambahbaikan anak-anak.

2.             Larian 1 Murid 1 Sukan (1M1S)

                Tarikh    :               2 hb Julai 2011 (Sabtu)
                Masa      :               7.00 pagi – 12.30 tgh
                Tempat  :               SK Jalan Semenyih 1

Semua ibu bapa/penjaga dijemput berlari bersama murid pada trek yang telah ditetapkan.
Kedatangan dan penyertaan ibu bapa digalakkan.

3.             Bersama-sama ini disertakan jadual latihan bagi aktiviti tersebut.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,


……………tt…………………….
Khadijah bt Nawawi
Guru Besar,
SK Jalan Semenyih Satu,
Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan