Jumaat, Oktober 02, 2015

Sejarah SKJS 1

Pada peringkat awal sekolah ini di bawah pentadbiran Kajang High School ditubuhkan pada 1953. Bahasa penghantar pada zaman sebelum Laporan Razak ialah Bahasa Inggeris manakala Bahasa Kebangsaan diajar sebagai subjek utama. Nama asal sekolah ini ialah The Kajang High School [primary ] dan murid-murid terdiri daripada murid lelaki sahaja. Murid-murid primary belajar di sekolah yang sama dengan murid-murid sekolah menengah iaitu di Kajang High School yang didirikan di sebuah cangkat berhadapan dengan Jalan Kajang-Seremban.
Memandangkan pertambahan bilangan murid sekolah rendah setiap tahun, Kajang High School tidak dapat menampung lagi murid-murid sekolah rendah, maka Lembaga Pengurus High School bersama-sama pentadbir-pentadbir Kajang High School telah mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina bangunan baru khas untuk sekolah rendah.
Pada tahun 1953 Daerah Hulu Langat tidak mempunyai sekolah rendah yang beraliran Bahasa Inggeris, maka dengan terbinanya Kajang National Type Primary School [ English ], sekolah ini telah menjadi sekolah rendah Inggeris yang “Premiere’ atau terulung. Guru besar pertama seorang warganegara British, Mr A. D. Bumpford dan beliau berkhdimat hingga penghujung 1954. Mulai tahun 1955 sekolah Kajang National Type Primary School [ English ] di bawah dua orang pentadbir iaitu Puan M. Braga Burger untuk Upper Primary dan Puan Cho Seen Chok untuk Lower Primary. 
Pada bulan April, 1955 sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor iaitu Al’ Marhum Tuanku Sir Hisamuddin Alam Shah, KC. MG. Pada masa itu enlromen murid terdiri daripada 700 orang murid terdiri dari Melayu, Cina, India dan lain-lain keturunan tetapi identiti sekolah ini masih sekolah Khas untuk lelaki sahaja.
Kelas Khas telah ditubuhkan pada tahun 1968 untuk murid-murid cacat pendengaran di penghujung blok C sekolah ini. Guru pertama ialah seorang guru khas En. M. P. Rengasamy AMN. PJK. PK. PKC. Beliaulah orang yang memimpin dan memajukan Kelas Khas Pendengaran sejak kelas itu dipindahkan dari SRJK Satu, Jalan Bukit, Kajang pada tahun 1968

Tiada ulasan:

Catat Ulasan